![]() |
Tanjung Sampang Mengayau adalah sebuah tanjung paling utara di Pulau Borneo. Ia terletak di Daerah Kudat dan merupakan sebuah kawasan pelancongan di Malaysia. Sampang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam. |
![]() |
Sampang Mengayau sebenarnya mendapat namanya daripada bahasa pertuturan harian yang menampakkan fungsi jaringan bukit ini dan panoramanya ketika era zaman pelanunan dan pertarungan ilmu kebatinan zaman dahulu. Sampang Mengayau berasal dari perkataan RUNGUS. "Sampang" yang membawa erti suatu "perbuatan menemui/menjumpai seseorang/sekumpulan orang setelah perbuatan menunggu atau menanti dilakukan disebabkan oleh adanya temu janji atau tiada". |

Pada zaman dahulu, Teluk Marudu merupakan laluan penting penduduk ke jalan laut menaiki perahu,kumpit atau kapal layar. Dengan itu ia sering menjadi medan pertempuran maka kawasan laut di bukit ini dikenali sebagai Sampang Mangazou. Ini berlaku kerana lokasi kawasan ini yang strategik, kawasan perairannya yang dalam, medan pertemuan dua lautan utama di Utara Kudat serta ada kawasan airnya yang tenang ditambah lagi dengan adanya banjaran bukit yang memudahkan aktiviti mengintip dan memerhati pihak lawan dilakukan |

No comments:
Post a Comment